Jangan takut mencuba

Zulfadhli
1 min readMar 7, 2022

--

Untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dipanggil luar biasa, kita kena lakukan sesuatu yang luar biasa.

Luar biasa bermaksud, luar dari kebiasaan. Jika kebiasaan kita itu dalam bulatan besar. Kita perlu berada di luar bulatan besar itu.

Mana boleh makan nak makan nasi briani, pergi masak nasi kosong.

Tak mungkin pandai berenang di laut dengan hanya berlatih di kolam renang semata-mata.

Kereta elektrik Tesla tak bermula dengan mereka membuka kilang automotif seperti BMW. Ianya bermula dengan idea yang bertentangan dengan konsep kereta pembakaran dalam enjin.

Dan bila kita melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, ianya akan menghasilkan ketegangan. Ramai yang tidak akan bersetuju. Ramai yang akan menolak.

Mereka lebih selesa berada dalam bulatan besar itu.

Kerana mereka melihat sesuatu yang tidak biasa.

Sesuatu yang baru.

Sesuatu yang tidak pasti.

Oleh itu setiap idea yang luar biasa memerlukan Jaguh yang mempertahankannya.

Jaguh ini bukan sahaja perlu mempertahankan, tetapi perlu menyerang kembali secara taktikal.

Offence is the best defence.

Bukan menyerang dengan cara bergaduh. Tetapi berbincang.

Atau perkataan yang lebih sesuai; berdakwah dengan penuh berhikmah.

Penentangan idea yang di luar kebiasaan ini selalunya disebabkan ketakutan dan kerisauan tentang ketidakpastian yang akan berlaku.

Sebagai Jaguh idea tersebut, kita perlu fahami apa yang ditakuti dan apa yang dirisaukan mereka?

Kita perlu datangkan dengan jawapan bagi setiap kerisauan itu.

Fahamkan mereka tentang idea kita.

Dan penerangan ini lebih baik jika dibuat dalam bentuk penulisan. Dengan menulis kita memberi ruang masa pada otak pembaca untuk menghadamkan apa yang dibaca.

Siapakah Jaguh itu?

Anda yang ingin lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

--

--